Tuesday, January 10, 2017

My humble edible garden

Masuk tahun 2017 ni genaplah 5 bulan kami berpindah ke rumah baru dan hampir 3 bulan mula berkebun di rumah.

Walaupun rumah sewa kalini tak ada ruang bertanah untuk menanam, tapi takpe, i'olls jadikan sebagai cabaran untuk hobi menanam kali ni.

Jadi harini I want to show you my little garden in the making :)

Cambahan Roselle Thai, Roselle Morocco, Kobis, Couliflower, Brokoli

Cambahan Ulam raja, cili, lobak merah

Anak pokok labu (cita-cita kemain besar nak tanam labu ;) ) , dan kangkung

See..

My little swinging garden. Buat sendiri tau. Beli kayu kat kedai hardware, dan bata. Then ikat dengan tali. 

Taraa.. Ni hasilnya 


Ni pandangan dari pintu rumah. Actually masih belum siap kemas sepenuhnya. Nun kelihatan rangka sofa lama yang masih menunggu lori datang kutip.


Kat para kayu yang I tunjuk tadi antara pokok yang ditanam ada :

- Pegaga
- Cili
- Tomato
- Bawang
- Pudina
- Kacang Panjang
- Labu
- Honey Dew
- Lobak merah
- Sawi Jepun
- Kailan

Tapi semuanya masih anak2 lagi. Nanti I update kalau ada yang selamat membesar.

But this is not all okay. Ada lagi tanaman yang I tanam di ruang tepi pagar. Nanti I update lagi. I'olls segan okay nak pi tangkap gambar depan rumah hehee..

Friday, November 25, 2016

Cubaan menyemai benih menggunakan tanah campur

Tahun lepas di rumah sewa lama, cubaan menyemai pokok banyak yang kecundang bila menggunakan 100% tanah kompos yang dibeli dari nurseri.

Jadi kali ini saya cuba bereksperimen dengan menyemai beberapa benih yang dibeli dari tanamsendiri.com tempoh hari dengan menggunakan campuran tanah merah dan tanah nurseri. Kedua-duanya saya beli di nurseri.

Saya semai di dalam beberapa bekas antaranya cawan kertas, dalam bekas minyak, sarang telur dan juga bekas semaian yang dibeli di Kedai RM2.

Semai biji benih dalam cawan kertas
Semai biji benih dalam bekas telur terpakai


Semai biji benih dalam botol minyak masak terpakai

Tapak semaian yang dibeli di kedai RM2 belum sempat diambil gambar lagi sebab semai di belakang rumah.

Rumah sewa baru kalini terletak di lot tengah dan tidak mempunyai sebarang tanah. Full simen depan belakang! Jadi kalini lebih mencabar kerana tanah saya perlu beli dan pokok semua perlu ditanam dalam bekas. Yang penting kemahuan , semangat dan ilmu perlu ada ada inshaaAllah di mana pun kita berada kita tetap boleh berkebun.

Nantikan update semaian saya nanti dalam 1 ke 2 minggu lagi inshaaAllah.

Happy gardening!

Wednesday, November 23, 2016

Beli Benih dan Pokok secara Online

Ini kali pertama saya order benih online dari en. Iskandar empunya blog tanamsendiri.

Sebenarnya dah lama jadi stalker blog beliau. Pernah juga buka video2 beliau di Youtube. Dan lepas jumpa Instagram beliau , memang tak pernah miss update2 terbaru.

Lepas whatsapp en. Iskandar dan pilih biji benih dari senarai benih dalam blog tanam sendiri (dia bagi link dalam whatsapp) , saya pun pilih benih2 kat bawah ni:

Benih tomato,lobak merah,brokoli,couliflower, ulam raja,cili jambak,cili solok, terung panjang.


Plus anak pokok cili dan tomato ceri en. Iskandar bagi percuma 😊

Anak pokok tomato ceri dan cili

Semua hantar pakai poslaju. 

Memang teruja bila abang posmen datang bagi barang.

Terus tambah tanah plus sekam padi yang dapat dari beli telur puyuh last week , siram dan letak kat luar. Harap2 dia terus hidup dengan sihat.

Siapa2 yang nak cari biji benih untuk tanam sendiri kat rumah boleh tengok link ni :

http://www.tanamsendiri.com/2014/04/senarai-terkini.html

Atau follow page Tanam Sendiri di FB.




Tuesday, November 22, 2016

Fatbike for sale. Good condition. Lokasi Kulim Kedah.






Fatbike TRS 20'
Condition 9/10. Buat ronda taman sahaja.

Nak jual sebab sangat jarang ada masa untuk berbasikal.

Fatbike dijaga dengan baik.

Self pick up di Taman Kulim Utama,Kedah.

Harga Rm600 nego sampai jadi.

Berminat Whatsapp +60129589864 untuk further info.

Sunday, November 20, 2016

Telur Puyuh | Quail Eggs

Beberapa minggu sebelum ni di Instagram sis tertengok someone post Sambal Udang dengan Telur Puyuh. Terus terliuq dan2 rasa nak buat.

Lepas dua tiga kali trip ke Pasar Malam barulah jumpa dengan akak yang jual telur puyuh. Sis grab satu. RM5 je dapat lebih dari 10 biji.

Telur puyuh dibungkus bersama sekam padi untuk elak pecah

===
My children first encounter with Quail Eggs
===

This is how my children reacted when seeing Quail Eggs being boiled.




They thought that after boiled , the quail birds will popped up! So innocent.

After finish boiling, while peeling off the egg skin, I asked the older one "What do you think you will found inside this egg?"

And he said , "toys!"

:)

====
Quail Eggs Sambal with Squids
====

That day I used up most all the stoves I have in the kitchen to prepare the 'Sambal Sotong with Telur Puyuh' (Spicy Squids and Quail Eggs)

Chillies  for my sambal being cooked next to the Fried Fish
Cleaned Squids


The main stoves used to cook my sambal to perfection and to fry my Muhammad Fish (he doesn't eat sambal).

And the additional stoves I used to hard boil the Quail eggs.

After boiled, the eggs will be peeled of and put into the finished sambal along with the squids.

Here is the finished dish :





Friday, November 4, 2016

Kenapa ramai sangat gilakan dengan Karpet Geometri ni?

Minggu lepas ada ternampak 1 karpet cantik corak Geometri ala2 Ikea tu.

Lepas tengok memang rasa angau asyik teringat2 sampai masuk mimpi 😂

Pasal apa orang suka sangat dengan karpet ni??

1. Murah .

Harga bawah RM100 je utk karpet saiz sederhana tu. Kalau dok rumah teres kat area Kulim ni, sesuai sangat dah saiz tu.

2. Senang maintain.

Bulu karpet tak tebal sangat. Paling sesuai untuk hat dok ada anak2 kecik. Nak basuk senang ja, gosok2 ngan sabun, pastu gosok2 lagi 2 3 lak dengan kain basah pulak. Dan last sekali gosok2 dengan kain kering.

3. Boleh hantar depan rumah.

Lagi satu paling saya suka, banyak seller yang offer servis pos untuk katpet nih. Korang mesti pikir kos pos mestilah mahal nak hantar karpet kan? Haa.. anda silap. hehe. Kebanyakan seller offer servis post guna KTMD yang mana kos posnya cuna RM15 untuk 1-2 bidang karpet. Kan ke murah tu?

Cakap banyak tak guna. Jom kita layan karpet yang baru hampar kat rumah tadi.




Follow IG Karpetgeometri untuk update2 terkini. Atau whasapp +60179573613

Sunday, October 23, 2016

Keluarga Bisnes

Harini salah satu akaun utama Instagram yang saya uruskan mengalami sedikit masalah - tidak boleh post new post.

Sempat juga tanya2 pakcik google, masalah tu terjadi mungkin kerana terlalu kerap post sehingga Instagram mungkin menganggap akaun tersebut SPAM.

Bila dah tak boleh post di Instagram maka saya terpaksa beralih ke blog yang terabai ni . Ampunnn..

Back to the title.

Bila tengok kawan2 sekitar kerja best2. Ada yang ambik Master dan kerja pegawai, ada yang bekerja di Hospital, jadi Doktor, Dentist.. dan lain2.

Kenapa aku berniaga?? 

Bila dikaji2 semula latar belakang keluarga aku, datuk sebelah ayah ( arwah Tokwan yang diaayangi) dulu juga merupakan peniaga kedai runcit. Kedai runcit tu lalu diturunkan kepada bapa sedaraku dan kemudian disambung oleh ibuku sendiri.

Datuk sebelah ayah juga selain menjadi Peneroka Felda, arwah juga pernah menguruskan kedai kopi.

Ibuku sendiri, kau cuba tanya la apa yang dia tak pernah jual? Tupperware pernah, ikan masin, kedai makan,kedai runcit, cuba menjadi stokis pinggan mangkuk (maaf tak ingat jenama), jual kerepek , jual karpet pun pernah. Karpet yang kait sendiri dengan benang besar tu, siapa ingat? Pernah jadi trend dalam 20 tahun lepas .

Dan sekarang, ibuku dengan abah sedang mula berjinak2 dengan homestay.

Jadi bila aku tengok salasiah2 keluarga aku, mungkin jiwa aku sendiri memang sesuai untuk menjadi peniaga atau bekerja sendiri berbanding hidup berkerjaya dengan orang lain.

Harapan aku, semoga pernigaan yang aku dan suami uruskan hari ini akan menjadi aset untuk anak2 ku kelak.