Sunday, October 23, 2016

Keluarga Bisnes

Harini salah satu akaun utama Instagram yang saya uruskan mengalami sedikit masalah - tidak boleh post new post.

Sempat juga tanya2 pakcik google, masalah tu terjadi mungkin kerana terlalu kerap post sehingga Instagram mungkin menganggap akaun tersebut SPAM.

Bila dah tak boleh post di Instagram maka saya terpaksa beralih ke blog yang terabai ni . Ampunnn..

Back to the title.

Bila tengok kawan2 sekitar kerja best2. Ada yang ambik Master dan kerja pegawai, ada yang bekerja di Hospital, jadi Doktor, Dentist.. dan lain2.

Kenapa aku berniaga?? 

Bila dikaji2 semula latar belakang keluarga aku, datuk sebelah ayah ( arwah Tokwan yang diaayangi) dulu juga merupakan peniaga kedai runcit. Kedai runcit tu lalu diturunkan kepada bapa sedaraku dan kemudian disambung oleh ibuku sendiri.

Datuk sebelah ayah juga selain menjadi Peneroka Felda, arwah juga pernah menguruskan kedai kopi.

Ibuku sendiri, kau cuba tanya la apa yang dia tak pernah jual? Tupperware pernah, ikan masin, kedai makan,kedai runcit, cuba menjadi stokis pinggan mangkuk (maaf tak ingat jenama), jual kerepek , jual karpet pun pernah. Karpet yang kait sendiri dengan benang besar tu, siapa ingat? Pernah jadi trend dalam 20 tahun lepas .

Dan sekarang, ibuku dengan abah sedang mula berjinak2 dengan homestay.

Jadi bila aku tengok salasiah2 keluarga aku, mungkin jiwa aku sendiri memang sesuai untuk menjadi peniaga atau bekerja sendiri berbanding hidup berkerjaya dengan orang lain.

Harapan aku, semoga pernigaan yang aku dan suami uruskan hari ini akan menjadi aset untuk anak2 ku kelak. 




No comments:

Post a Comment