Friday, November 25, 2016

Cubaan menyemai benih menggunakan tanah campur

Tahun lepas di rumah sewa lama, cubaan menyemai pokok banyak yang kecundang bila menggunakan 100% tanah kompos yang dibeli dari nurseri.

Jadi kali ini saya cuba bereksperimen dengan menyemai beberapa benih yang dibeli dari tanamsendiri.com tempoh hari dengan menggunakan campuran tanah merah dan tanah nurseri. Kedua-duanya saya beli di nurseri.

Saya semai di dalam beberapa bekas antaranya cawan kertas, dalam bekas minyak, sarang telur dan juga bekas semaian yang dibeli di Kedai RM2.

Semai biji benih dalam cawan kertas
Semai biji benih dalam bekas telur terpakai


Semai biji benih dalam botol minyak masak terpakai

Tapak semaian yang dibeli di kedai RM2 belum sempat diambil gambar lagi sebab semai di belakang rumah.

Rumah sewa baru kalini terletak di lot tengah dan tidak mempunyai sebarang tanah. Full simen depan belakang! Jadi kalini lebih mencabar kerana tanah saya perlu beli dan pokok semua perlu ditanam dalam bekas. Yang penting kemahuan , semangat dan ilmu perlu ada ada inshaaAllah di mana pun kita berada kita tetap boleh berkebun.

Nantikan update semaian saya nanti dalam 1 ke 2 minggu lagi inshaaAllah.

Happy gardening!

No comments:

Post a Comment