Monday, November 2, 2015

Chip Kunci Kereta Saga Hilang?

Beberapa hari lepas lepas bersiap-siap nak keluar, dan cube menghidupkan enjin kereta,enjin tak hidup! Cek punya cek rupanya cip dalam kunci kereta sudah hilang.

Ni mesti kerja budak2 ni.. suka main kunci. Lagipun kunci tu mmg dah beberapa kali terlerai. Makanya tak jadilah haritu nak keluar.

Sibuklah kami cari geledah satu rumah utk memcari cip kunci kereta saga yang kecil tu, sebab bila cip tak ada,pintu kereta boleh dibuka tetapi kereta tak boleh dihidupkan.

APA PERLU BUAT BILA CIP KUNCI KERETA ANDA ROSAK/HILANG?

Kat sini saya nak kongsikan apa yang kami lakukan.

1. Telefon/cari Pusat Servis Proton terdekat dengan kereta anda berada. Cerita masalah anda, nanti dia akan arrangekan kereta tow utk ambik kereta anda utk dibawa ke pusat servis dan boleh buat proses seterusnya.

Memandangkan kami di kulim kedah makanya kami dapat nombor telefon Pusat Servis Proton di Taman Kempas berdekatan tecso Kulim.

Bila kita telefon,beritahu masalah kita. Dan utk masalah kami, kami tanya siap2 kos yang diperlukan.

Kos utk cip baru termasuk labour kos nak program cip termasuk GST RM107. Dan kos tow kereta dari rumah kami ke pusat servis dalam rm80. So total will be Rm187.

Lega sikit kami dengar sebabnya semalam ada yang cakap kena dalam Rm400. Tak tidur malam memikirkannya...

2. Tunggu tow truck datang dan ikut sekali bersama2 ke pusat servis.


Tengok kereta ditow dari depan rumah. Dia tak pakai tow truck ,tapi kereta dibawa dalam truck


Alhamdulillah proses tak lama. Keluar rumah dalam pukul 3.30,pukul 5 dah balik dengan kereta yang boleh dihidupkan.

Kesimpulannya, bila dapat ujian macam ni, sabar dan bertenang. Memang susah bila tak ada kenderaan lagi2 kami yang hanya ada 1 kereta ni sebagai kenderaan nak ke mana2. Motor dah jual awal2 pindah ke kulim bulan 2 lepas utk buat modal niaga.

Semoga entry ni bermanfaat utk yang sedang menghadapi masalah yg sama.


8 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. salam kak nak tanya lepas buat cip baru, alarm kereta boleh guna mcm biasa x

    ReplyDelete
  3. terima kasih..sy skrg mengalami mslh ni kak..

    ReplyDelete
  4. Cip kunci hilang blh buat baru balik ke x payah tukar 1 set ke

    ReplyDelete
  5. Having the same problem now!

    ReplyDelete
  6. contoh kalau kita daa buat cip tu , lepastu hilang lg bolee buat balik lg ?? sebab tengah terjadi ni , daa order cip tak buat tak bolee

    ReplyDelete
  7. Kdg2 buat benda canggih sgt pun jadi menyusahkan jugak.kerana chip saja (beli kat shopee baru rm20)tapi nk program cas dah jadi rm 187.

    ReplyDelete