Wednesday, December 30, 2015

Projek DIY Upholstery Sofa

Video Gadis Muda baiki sofa ibunya

Terinspirasi dari video viral ni saya bercadang untuk membaiki sofa sendiri di rumah.

Kondisi sofa atau lebih sesuai dipanggil couch sudah sangat teruk apabila bahagian belakangnya dirobek2 anak dan isinya dikeluarkan. Dan tempat duduk yang sudah berlubang siap jadi tempat menyorok anak2.


Ini rupa sofa bila sebahagian besar pembalut dan foam nya sudah dicabut.


Tengok tu, bukan main seronoknya diorang main sorok2 dalam rangka sofa tu.

Semua plan sudah dibuat, cuma belum sempat keluar mencari bahan2nya sahaja.

Dalam blog empunya video viral tu, dia juga ada buat tutorial macam mana dia baiki sofa ibu dia. Siap dengan kos dan tempat2 dia dapatkan bahan2 nya.

Memang sekarang ni hari2 dok mimpi baiki sofa ni. Tapi kena sabar sket sebab bukan senang nak cari masa cari barang2 nya. Almaklumlah kena angkut anak2 lagi dan kena tunggu suami lapang sikit.

Dengan di rumah ni masih ada isu yang belum diselesaikan ; kebocoran paip di bawah meter ,makanya kena setelkan satu persatu dulu lah. Sabar .. hehe


No comments:

Post a Comment