Benih sawi Pak Choy saya beli di kedai Rm2 . Benihnya memang mudah bercambah tapi saya masih belum berjaya menanam dengan jayanya.
Kes pertama cambahan tidak jadi sebab saya semai guna tanah yang juga dibeli di kedai 2 ringgit. Tanahnya hitam macam arang yang hancur. Bila terkena tangan,sekali tangan2 pun jadi hitam.
Kes kedua, saya cuba semai dengan tanah dari belakang rumah. Korek2 masuk dalam bekas , benih bercambah dengan jayanya seperti gambar :
Nampak tak, banyak yang bercambah. Tapi tak lama lepas tu saya perasan ada pokok yang patah, ada juga daun yang 'hilang' begitu sahaja.
Nak katakan ada siput babi yang makan,tak jumpa pula siput2 berdekatan. Banyak yang saya dah buang.
Tak lama lepas tu saya bawa masuk bekas berisi cambahan2 tu ke dalam rumah. Satu hari masa nak menyiram saya ternampak satu makhluk kecil dalam tu.. lutsinar,comel.. anak siput babi rupanya!
Dalam tanah yang dikorek dari belakang rumah tu memang saya perasan ada banyak sangat benda bulat putih macam telur. Rupanya itu telur siput babi.. mungkin dia menetas dalam tanah dan makan sayur yang ditanam.. patutlah sayur2 saya kurang menjadi.
Maka bermulalah episod menyelamatkan anak2 pokok sawi yang ada,saya alihkan ke dulang semaian berisi coco peat. Sesetengahnya pula saya dah alihkan dalam polybeg berisi tanah yang dibeli dari nurseri. Harap menjadi lah kalini. Amin...
No comments:
Post a Comment