Wednesday, September 23, 2015

Kacang Misteri

Balik kampung baru2 ni saya dapat kumpul beberapa biji benih dari kampung. Antaranya bendi, kacang panjang,kacang panjang ungu dan kacang misteri yang saya tidak tahu namanya. Tapi rupanya macam kacang peas yang besar.

Dalam banyak2 biji benih tu hanya kacang panjang dan kacang peas besar yang bercambah dengan elok.

Selepas bercambah dalam tapak semaian saya pindahkan ke dalam polybeg dan letakkan di pagar depan rumah, mengharapkan pokok2 tersebut nanti boleh memanjat di sana . Harap2 mereka hidup dengan baik.

Cambahan Kacang 'Pea Besar'

Anak pokok Kacang panjang dan Kacang 'Pea Besar' dipindah ke dalam poly bag



Posted via Blogaway


No comments:

Post a Comment