Tuesday, September 22, 2015

Hobi - Bercucuk Tanam (Gardening)

Dah lama sebenarnya minat menanam (gardening). Masa tinggal di pangsapuri  ground floor dulu pun sempat juga bercucuk tanam kat belakang walaupun kurang berjaya :p

Kalini sejak berpindah di rumah teres, keinginan bercucuk tanam terbantut sekejap bila mendapati ruang tanah di belakang sangatlah sempit dan bersemak pulak tu. Dipenuhi rimbun pokok serai dan pandan serta lalang2dan rumpai2 memenuhi pagar. Gambar pun tak sempat tangkap sebab tak sangka boleh diclearkan rupanya semak2 tu :)

Ini rupa selepas di clearkan ruang tanah terhad di ruang belakang. Bolehla buat menanam sejenis 2 jenis sayur kan..

No comments:

Post a Comment