Sambutan saaaaaangat menggalakkan, mana taknya aku sewakan RM100 je untuk sepasang baju perempuan siap veil dan tudung. Kat mana aku iklankan? Of course di mudah.my . Masa tu kalau tak silap laman mudah.my tu masih baru. Memang sekali dah jadi pengguna mudah.my boleh jadi addicted. hehe.
Nape aku cakap addicted? Yelah, nak cari apa pun masa tu search kat mudah.my. Dia ibarat laman ebay versi Malaysia. Ebay aku sempat layan jugak tapi dia tak sehebat penangan mudah.my. Ebay di Malaysia bagi aku yang tak pernah dapat sale dari sana dan dah disuspended
Oklah berbalik pada tajuk, sini aku ringkaskan untuk siapa-siapa yang nak mula berniaga online, ini benda penting yang kau mesti ada dan buat :
1. Buat akaun pro-niaga mudah.my -- FREE JE --
2. Buat page FB . Bukan FB profile ye. Kalau dah ada Fb profile sila create Page untuk bisnes anda.
Korang boleh ada banyak page. Aku sendiri pun ada.. 4 page buat masa ni dalam keloalaan aku. Tak kisahla aktif ke tak aktif, bukan kena bayar pun. -- PUN FREE JE --
3. Buat akaun Instagram.
Jujur aku cakaplah. Sepanjang 5 tahun berniaga ni aku agak skeptikal. Dulu whatsapp pun aku tak sudi nak pakai, aku rela hanpon jammed melayan sms yang masuk sampai 20 mesej sekaligus. Sama juga dengan IG. Baru tahun ni aku kenal IG dan ikhlas cakap lepas ada akaun IG , aku jarang-jarang update FB huhu. Best... kena buat!
Lagi yang lain jap lagi aku update. Anak nangis laks.
No comments:
Post a Comment