Wednesday, April 13, 2016

Taman Burung Kulim

Semenjak berpindah ke Kulim Kedah ni, antara tempat yang rajin dilawati hampir setiap minggu (sebelum datangnya musim panas El Nino) adalah Taman Burung Kulim. Atau panggilan lain bagi anak saya Muhammad : Zoo Small.

Taman ini tidaklah besar sangat tapi sesuailah untuk bawa anak-anak berjalan-jalan mengenali haiwan-haiwan yang mungkin agak susah dijumpai di kawasan-kawasan perumahan.

Bermain dengan monyet


Ini antara gambar-gambar yang sempat ditangkap semasa Hari Pets Day Kulim yang berlangsung di Taman Burung Kulim ini.

Ada ramai penggemar dan pembela haiwan-haiwan eksotik seperti ular, sesumpah , burung nuri dan sebagainya yang datang bersama memeriahkan Hari Pets Day yang lalu.

Ini gambar Muhammad bersama 'lizard'. Berkali-kali dia meminta untuk memegang 'cicak' tersebut, dan akhirnya sempat juga kami beri dia peluang untuk bergambar bersama haiwan tersebut. (Maaf saya kurang pasti apa nama haiwan ini :p .  Sesumpah ke? )

Muka nervous campur seronok

Saya tanya juga pada Muhammad kalau-kalau dia nak pegang ular. Taknak katanya hehe. Saya pun belum berani nak pegang lagi. 

Tengok! Ada ular lalu kat belakang.

Antara haiwan yang terdapat di Taman Burung Kulim ini of course lah burung, ayam serama, ayam biasa, itik, labi-labi, arnab yang dibiarkan berkeliaran (boleh pegang), ikan, dan kura-kura.

Jambatan kecil tempat anak-anak suka berlari

Kesimpulannya, inshaaAllah lepas habis musim panas ni, nak bawa anak-anak ke sana lagi. Tunggu baby nombor tiga ni besar sikit dulu kot.. 

Buat warga Kulim yang belum pernah menjejakkan ke sini, especially yang ada anak-anak kecil tu bolehlah bawak anak bersiar sesekali ke sini. Masuk percuma sahaja, dari pagi sampai 6 petang. Kami biasa pergi pukul 6 lebih pun masih buka lagi.

Selamat bersiar-siar!







No comments:

Post a Comment