Thursday, October 29, 2015

Pengalaman menduduki Peperiksaan Online SPA untuk jawatan Penolong Akaun Gred W27

Alhamdulillah harini dah siap menduduki exam online SPA utk jawatan Penolong Akauntan gred w27 .

Entry kalini bertujuan untuk memberi maklumat serba sedikit kepada bakal-bakal calon peperiksaan akan datang tentang apa soalan-soalan yang akan ditanya dalam peperiksaan sebegini.

Kesimpulan dari exam harini:

Bahagian A : Soalan Psikometrik.

Ada 200 soalan YA atau TIDAK yang perlu dijawab dalam 30 minit. Soalan logik je ni,tak perlu fikir. Just jawab ikut psikologi. Mestilah nak jawab yang baik-baik je kan.

Contoh soalan:

1. Saya biasanya akan memulakan dulu bertegursapa di dalam majlis keraian.

● YA

● TIDAK PASTI

● TIDAK


Bahagian B : Maklumat Am

Soalan fakta,tiada pengiraan. Soalan berkaitan perakaunan spm + maklumat jabatan akaun negara + maklumat am (gst,etc).

Bahagian C : soalan pengiraan

Sikit je pengiraan akaun. Dalam 1 pertiga. Banyak soalan math spm. Sebelum terlupa,bahagian ni saya jawab pakai handphone sebab server pc tak elok. Loading tak abis. Lagi laju kot guna hanpon. Inisiatif kena ada.. Apa2 pun tawakal.


Posted via Blogaway


1 comment: